Assalamualaikum sahabatku..
Masihkah kamu ingat saat perkenalan kita suatu ketika dulu..setiap kenangan antara kamu dan aku tak dapat ku lupakan wahai sahabatku.pertemuan pertama telah melahirkan sebuah ikatan persahabatan yang ikhlas..
Wahai sahabatku
Aku terlalu rindukan saat bersamamu ketika dahulu,setiap kali aku menghadapi masalah kamulah menjadi tempatku mengadu, saat aku bersedih kamulah menjadi diariku untuk ku melepaskan segala kesedihan dan medengar setiap luahan hatiku dengan begitu mengerti..
Tapi semua itu hanya tinggal kenangan wahai sahabat..Disebabkan masa, jarak dan waktu telah memisahkan segalanya walaupun kita masih berada di tempat yang sama..wahai sahabatku....aku ingin kau tahu yg aku begitu sedih bila melihat kemesraan antara kamu dengan sahabat yang semakin rapat denganmu, bukan aku cemburu tapi aku merasakan aku tidak diperlukan lagi..tapi aku hanya mampu melihat dan mendoakan untukmu agar kamu selalu bahagia dan menjadi sahabat yang paling baik di dunia....
Wahai sahabatku...
Maafkan aku sahabat andai aku hanya tunduk diam menyepi tanpa bertanya khabar...maafkan aku sahabat andai setiap tuturku hanya menambah duri di hatimu... maafkan aku sahabat andai aku tidak cukup sempurna untuk menjadi sahabatmu yang baik... maafkan aku sahabat andai aku bukan sahabat yang kau cari selama ini...
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku walaupun engkau tahu betapa kurangnya diriku ini... sesungguhnya aku benar-benar mengasihimu dan menyayangimu dengan sepenuh hatiku kerana Allah..sungguh! biarlah hubungan kita ini berkekalan hingga ke akhirat nanti, bukannya terhenti di penghujung dunia sahaja......
Sabda Rasulullah S.A.W. : "teman yang paling baik adalah
apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar
kata-katanya menambahkan ilmu agama dan melihat gerak-gerinya
teringat mati"...hanya itu harapanku...=)
SAHABATKU...
"Aku Mencintai Sahabatku Dengan Segenap Jiwaku... Sahabat Yang Baik Adalah Yang Seiring Denganku Dan Menjaga Nama Baikku Ketika Aku Hidup Atau Selepas Mati... Kuhulurkan Tangan Kepada Sahabatku Untuk Berkenalan Kerana Aku Akan Merasa Senang, Semakin Ramai Sahabat, Aku Semakin Percaya Diri, Aku Selalu Berharap Mendapat Sahabat Sejati Yang Tidak Luntur Dalam Suka Atau Duka, Jika Aku Dapat... Aku Akan Setia Padanya...

Very Nice my Dear :) <3
ReplyDeletethnks dear..:)
ReplyDelete